Kenapa Hadi Tolak Pelawaan Damai Anwar

Kenapa Hadi Tolak Pelawaan Damai Anwar

Kenapa Hadi Tolak Pelawaan Damai Anwar

Hadi Awang didakwa menolak usaha perdamaian dengan Anwar Ibrahim yang digerakkan Ikhwanul Muslimin, 2 bulan selepas penubuhan kerajaan perpaduan.

Usaha itu bertujuan memperkuatkan suara pemimpin Islam di peringkat antarabangsa.

Lebih-lebih lagi memandangkan kedua-duanya daripada aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah.



Menurut sumber, wakil Ikhwanul Muslimin datang melobi ke Malaysia sebanyak dua kali untuk mempertemukan Anwar dan Hadi bagi rundingan damai, namun gagal.

Hadi juga dikatakan membalas dengan satu surat panjang yang memberikan alasannya enggan berdamai.

Persoalan yang paling besar untuk kita fikirkan, mengapakah Hadi yang sering bercakap tentang penyatuan ummah menolak tawaran perdamaian tersebut.

Benar, Hadi boleh memberikan beribu alasan kerana menolaknya, tetapi adakah ianya alasan yang jujur?



Pada pandangan penulis, alasan utama penolakan Hadi, tidak lain dan tidak bukan adalah kerana alasan politik dan cita-cita peribadi.

Isu 3R adalah senjata utama Hadi Awang untuk menyerang musuh politik beliau.

Sekiranya beliau menerima pelawaan damai dari Anwar, maka Hadi akan ketandusan isu untuk digunakan dalam kempen politik.

Hadi menuduh UMNO sebagai parti politik yang mengamalkan politik assabiyah, mengagungkan perlembagaan penjajah dan sebagainya.



Beliau juga gemar menuduh Pakatan Harapan sebagai gabungan parti politik yang berusaha untuk meliberalisasikan negara.

Malah tanpa segan silu, Hadi pernah menuduh Anwar sebagai agen Israel.

Bayangkan sekiranya Hadi menerima pelawaan damai dengan Anwar, di mana dalam Kerajaan Perpaduan ada Pakatan Harapan dan UMNO.

Apa lagi modal yang hendak beliau gunakan untuk mengekalkan populariti PAS?



PAS tidak mempunyai rekod cemerlang di dalam pentadbiran sama ada di peringkat pusat mahu pun negeri.

Malah Kelantan dan Terengganu yang sudah berdekad di perintah PAS tetap kekal sebagai 2 negeri termundur dalam Malaysia.

Malah, rekod pentadbiran Hadi ketika menjadi Menteri Besar Terengganu juga sangat mengecewakan.

Demi survivor politik, Hadi tidak teragak-agak menolak penyatuan ummah yang sering beliau canangkan selama ini.



Kenapa Hadi Tolak Pelawaan Damai Anwar

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button