Kedutaan Amerika Akan ‘Di Kepung’ Penunjuk Perasaan Selama 6 Hari Mulai Malam Ini

Kedutaan Amerika Akan 'Di Kepung' Penunjuk Perasaan Hari Ini
GAMBAR HIASAN

Kedutaan Amerika Akan ‘Di Kepung’ Penunjuk Perasaan Selama 6 Hari Mulai Malam Ini

Aktivis, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), gerakan mahasiwa akan mengadakan perhimpunan yang dinamakan ‘Kepung Demi Palestin’ di Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur mulai malam ini.

Aksi selama 6 hari itu merupakan respon terhadap tindakan Amerika yang berterusan menggunakan kuasa veto untuk mensabotaj usaha perdamaian di Palestine.

“Aksi bertindak ini akan diadakan secara aman”.

“Kami akan membuka khemah dan tinggal di khemah sepanjang piket”.



“Selain mengadakan acara-acara solidariti setiap malam, dan memasang bendera dan simbol perjuangan rakyat Palestin”.

“Kami juga merancang satu himpunan mega diadakan sebagai grand finale pada 31 Disember sebagai acara penutup,” kata Sekretariat Solidariti Palestine.

Penulis difahamkan, ‘kepungan’ itu turut melibatkan 25 NGO dan 14 gerakan mahasiswa di seluruh negara.

Antaranya termasuklah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Sisters in Islam (SIS), Bersih, Gerakan Belia Sepunjabi Malaysia dan gerakan-gerakan mahasiswa.



Sekretariat itu menuntut Israel menamatkan pembunuhan sewenang-wenangnya terhadap rakyat Palestine.

Pembunuhan kejam itu turut melibatkan perempuan, kanak-kanak dan bayi.

Mereka juga menuntut supaya gencatan senjata segera untuk mengakhiri genosid secara kekal dan tanpa syarat.

Selain itu mereka menuntut menghentikan pertempuran untuk menangani keperluan segera orang awam di Gaza.



Baik untuk bantuan mahupun perlindungan dan pengiktirafan hak rakyat Palestine untuk sebuah negara yang berdaulat.

Sebelum ini, Amerika menggunakan kuasa vetonya untuk menghalang resolusi mendesak gencatan senjata di Gaza.

Akibatnya UNSC telah beberapa kali terpaksa menangguhkan resolusi berkaitan perang di wilayah berkenaan.

Amerika juga mendakwa gencatan senjata hanya akan memberi ruang kepada HAMAS melancarkan lebih banyak serangan ke wilayah Israel.



Kedutaan Amerika Akan ‘Di Kepung’ Penunjuk Perasaan Selama 6 Hari Mulai Malam Ini

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button