Suami bayar isteri RM1.4 juta setiap kali hamil

Suami bayar isteri RM1.4 juta setiap kali hamil

Suami bayar isteri RM1.4 juta setiap kali hamil
SOUDI Al Nadak dan suaminya, Jamal Al Nadak, pada majlis perkahwinan mereka. FOTO Agensi

Dubai: Soudi Al Nadak, isteri kepada jutawan ahli perniagaan, Jamal Al Nadak, baru-baru ini, menggemparkan media sosial apabila mendedahkan senarai prasyaratnya yang luar biasa sebelum bersetuju untuk memiliki zuriat.

Portal MSN melaporkan, pempengaruh TikTok dikenali @soudiofarabia memuat naik permintaan mewahnya, termasuk bayaran 240,000 pound sterling (kira-kira RM1.4 juta) setiap kali hamil, hadiah berjenama dan layanan tetamu kenamaan (VIP), semasa dan selepas bersalin.

Menerusi video tular yang ditonton oleh lebih 2.3 juta individu dalam masa seminggu, Soudi menekakan tiada rundingan berkaitan kehamilannya.



Antara tuntutan itu, dia menekankan keperluan untuk cincin perkahwinan, akses penuh kepada kad kredit suaminya untuk kecemasan, dan pelbagai hadiah mewah, termasuk beg tangan berjenama dan kereta baharu.

Soudi membuat tuntutan itu dengan alasan: “Saya tidak akan meletakkan badan saya melalui kesakitan sebanyak itu secara percuma.”

Bayaran yang dinyatakan meliputi pelbagai perbelanjaan, daripada sesi terapi kepada fisioterapi, latihan peribadi,akupunktur, dan urutan untuk dirinya dan bayi.

Dia juga berkeras mahukanpush present (hadiah kerana meraikan ibu yang melahirkan bayi), khususnya lebih banyak hartanah pelaburan dan beg Birkin.



Senarai itu diperluaskan kepada keinginan Soudi untuk tidak bekerja lagi, penambahan pembantu di rumah, lawatan kepada antara 1,000 kepada 2,000 individu selepas bersalin, dan juga pasukan solek dan rambut yang berdedikasi.

Bertindak balas terhadap video itu, penonton meluahkan rasa terkejut dan ragu-ragu, dengan ada yang mempersoalkan ‘keaslian’ gaya hidup Soudi.

Sementara yang lain, menyokong kemahuannya dengan memetik cabaran kehamilan dan melahirkan anak.

Ketika berdepan kritikan, Soudi menegaskan bahawa cinta mereka adalah ikhlas, dan dia terus menerima sokongan, terutamanya daripada wanita di Dubai yang menghargai kehidupannya yang mewah.



Suami bayar isteri RM1.4 juta setiap kali hamil


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Bukan Hanya Menara Ilham, Aset Daim Yang Lain Juga Akan Di Siasat



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button