RPK Terperangkap Dengan Penipuan Sendiri

RPK Terperangkap Dengan Penipuan Sendiri

RPK Terperangkap Dengan Penipuan Sendiri

Raja Petra Kamaruddin (RPK), memang terkenal sebagai seorang Blogger dan Youtuber yang sering membuat penipuan dan fitnah demi sesuap nasi.

Mungkin itulah sebab utama mengapa beliau rela hidup dalam pelarian di Manchester, London dari balik ke tanah air.

Beliau sedar, sekiranya beliau balik ke tanah air, pelbagai saman fitnah sedang menanti beliau.



Pada pagi Jumaat yang lepas, RPK memuatnaik satu konten di Youtube mengenai Langkah Dubai.

Dalam konten tersebut, RPK mendakwa, Perikatan Nasional sudah mendapat sokongan dari 120 orang ahli parlimen untuk menubuhkan kerajaan.

Malah, tanpa teragak-agak, RPK berkata, Surat Akuan Bersumpah (SD) dari 120 prang ahli parlimen sudah pun dipersembahkan kepada YDP Agong.

Dan ianya sudah mendapat perkenan dari YDP Agong dalam pertemuan baginda dengan wakil ahli parlimen Perikatan Nasional ketika di Dubai.



Ianya hanya menunggu pengumuman rasmi selepas membuat kunjungan rasmi ke Istana Negara apabila baginda berangkat balik ke Malaysia.

Paling menarik, RPK mendakwa, pemimpin yang diangkat sebagai perdana menteri setelah kesemua 120 politikus tersebut bersetuju adalah DSU Mohammad Hasan (Tok Mat Hasan).

Kelam kabut team media Tok Mat Hasan membuat penerangan dan penafian…😂😂😂

Tidak sampai 24 jam dari konten yang pertama, RPK memuatnaik konten yang kedua pula.



Masih lagi isu Langkah Dubai.

Tetapi kali ini, calon pemimpin yang akan dicadangkan kepada YDP Agong sudah bertukar.

Dari seorang (Tok Mat Hasan), telah bertukar kepada 3 orang, Muhyiddin Yasin, Hishamuddin Hussien dan Dr Samsuri.

Dan ianya juga telah dipersembahkan kepada YDP Agong.



Penulis tidak pasti apa masalah sebenar RPK.

Adakah beliau fikir, menukar perdana menteri sama seperti menukar baju yang boleh dilakukan pada bila-bila masa?

Atau kerana nama beliau ada gelaran ‘Raja’ maka beliau rasa YDP Agong adalah kawan beliau yang boleh dijual namanya sesuka hati.

Kalau hendak minta tambah elaun, cakap terus terang dengan ‘paymaster’.



Jangan buat spekulasi mengarut, nanti mak marah…

RPK Terperangkap Dengan Penipuan Sendiri

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button