Peniaga dikhuatiri lemas terjatuh dari jambatan

 

Oleh – Syeikh Baran


Peniaga dikhuatiri lemas terjatuh dari jambatan

Seorang peniaga dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Sultan Ismail Petra, di sini hari ini.



Dalam kejadian itu mangsa yang dikhuatiri lemas dikenali sebagai Norhisyam Ismail,43.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Bomba Malaysia (JBPM) Kelantan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 7.48 malam.

“Seramai 18 orang anggota termasuk tujuh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bergegas ke lokasi.

“Selain anggota PPDA Pengkalan Kubor dan Pengkalan Chepa, Khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) dan bot Balai Bomba Wakaf Bharu digerakan,” katanya di sini hari ini.



Sumber – UTUSAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button