Selepas disiasat SPRM, anak bekas PM akan ‘lari’ ke Jepun?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Selepas disiasat SPRM, anak bekas PM akan 'lari' ke Jepun?

Selepas disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia-SPRM, tersebar kononnya anak bekas PM dikatakan akan ‘melarikan diri’ ke Jepun esok.



Desas-desus spekulasi politik menyatakan, kemungkinan anak bekas PM berbuat demikian adalah untuk mengelakkan dari mengisytiharkan harta dalam dan luar negara.

Jika spekulasi ini benar, pihak SPRM wajar meminta bantuan Imigresen untuk memantau sebarang urusan ke luar negara anak bekas PM tersebut.

Ini bagi memastikan beliau memberi kerjasama penuh kepada SPRM bagi tujuan siasatan.

Selepas disiasat SPRM, anak bekas PM akan 'lari' ke Jepun?



Menurut spekulasi tersebut, anak bekas PM itu dikatakan mempunyai pasport negara Matahari Terbit itu. Sejauh mana benar dakwaan tidak dapat dipastikan.

Beliau juga disiasat berkait pembelian sebuah subsidiari syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Bagaimanapun, tidak ada sebarang maklumat siapakah anak bekas Perdana Menteri yang dimaksudkan.

Ada laporan menyatakan siasatan ada kemungkinan siasatan dijalankan berikutan laporan Offshore Leaks yang menyenaraikan nama anak bekas PM, namun tidak dapat disahkan samada benar atau tidak perkara tersebut.

Offshore Leaks adalah pendedahan kebocoran maklumat sebanyak 130,000 akaun pesisir luar pantai yang memperincikan maklumat kewangan peribadi mengenai individu dan pegawai kerajaan yang sebelum ini dirahsiakan daripada pengetahuan umum.



Ia mendedahkan bagaimana ahli politik, bintang sukan dan penjenayah terkemuka menyembunyikan kekayaan mereka menggunakan tempat perlindungan cukai luar pesisir. – Laporan 17/1/2024

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button