Gelombang haba tingkat risiko kebakaran

 

Oleh – Syeikh Baran


Gelombang haba tingkat risiko kebakaran
ANGGOTA bomba dan penyelamat memantau kebakaran hutan di Perth, Australia.-AFP

Sejumlah besar kawasan di Australia dilanda angin kencang dan gelombang panas yang meningkatkan risiko kebakaran belukar di tengah-tengah fenomenan cuaca El Nino.

Menurut jabatan kaji cuaca, amaran gelombang haba pada tahap ‘ekstrem’ dicatatkan pada hari kedua di bahagian Australia Barat dan dilanjutkan ke Australia Selatan, manakala kawasan Queensland, New South Wales dan Wilayah Utara berada di bawah amaran ‘teruk’.



Badan itu memberi amaran Australia Barat, kawasan terpencil Pilbara dan Gascoyne boleh mencecah suhu panas melampau sehingga 40 darjah Celsius.

Kira-kira 1,500 kilometer di utara ibu negeri Perth, di bandar perlombongan Pilbara, Paraburdoo, suhu maksimum 48 darjah Celsius diramalkan, lebih tujuh darjah melebihi purata maksimum sepanjang Januari. 

Suhu tertinggi mencecah 50.7 darjah Celcius direkodkan di Lapangan Terbang Onslow Pilbara pada 13 Januari 2022.

Di pantai timur, bahagian ibu kota New South Wales dan Sydney turut diramalkan berdepan suhu tinggi mencecah 40 darjah Celsius, hampir 10 darjah melebihi purata maksimum sepanjang bulan ini.



Keadaan panas dan kering meningkatkan risiko kebakaran belukar di beberapa kawasan ketika Australia mengalami peristiwa cuaca El Nino, yang biasanya dikaitkan dengan fenomena melampau seperti kebakaran hutan, taufan dan kemarau.

Dua musim kebakaran belukar terakhir di Australia dilaporkan masih terkawal berbanding insiden ‘Musim Panas Hitam 2019-2020’ apabila kebakaran belukar memusnahkan kawasan sebesar Turkiye dan mengorbankan 33 orang, lebih tiga bilion haiwan serta beberapa trilion invertebrata.-REUTERS

Sumber – UTUSAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button