Almy Nadia percaya kecaman terhadap suami tidak lama

 

Oleh Pena Merah

Almy Nadia percaya kecaman terhadap suami tidak lama

Pelakon, Datin Almy Nadia, percaya kecaman yang dilontarkan warganet kepada Datuk Fizz Fairuz, tidak akan berlangsung lama kerana yakin dengan bakat dan kebolehan suaminya itu yang kini menggalas tanggungjawab sebagai penyampai radio Suria FM.



Memulakan tugasnya hari ini, Almy juga yakin bahawa segala kata-kata negatif yang dilemparkan akan menyuntik lebih semangat buat Fizz untuk memberikan yang terbaik dalam kerjaya baharunya itu.

“Selamat maju jaya sayang, hari ini hari pertama sayang jadi penyampai radio. Sebelum ini, cuma jemputan, tak sama macam penyampai radio yang sebenar. Buat terbaik okey sayang.

“Untuk sebulan dua ini memang orang tahu kecam sahaja. Ikut ke atau tak ikut ke kecam sahaja. Bagi mereka kecam puas-puas, sayang yang dapat pahala. Sebab, sayang cari rezeki untuk keluarga, ikhlas seikhlasnya.

“Semua bidang baharu, perlukan masa. Macam orang lain jugalah, dah jadi suami atau isteri, baru dapat anak atau dapat kerja baharu, mesti perlukan masa untuk sesuaikan dengan keadaan. Bukan tahu kecam, maki tak ingat dunia macam tak pandang kiri kanan menulisnya,”katanya.



Almy berkata demikian dalam satu hantaran di Instagram hari ini.

Selain itu, Almy turut menasihatkan Fizz supaya sentiasa meletakkan kesabaran yang tinggi dalam mengendalikan situasi kecaman ini dan mengingatkan bahawa keluarga sentianya memberi sokongan kepadanya.

“Sabar itu indah, sabar itu cantik. Saya dan keluarga tetap menyayangi dan sokong awak. Terima kasih Suria FM beri peluang kepada suami menjadi sebahagian daripada keluarga,”katanya.

Terdahulu,di sebalik kemelut penamatan kontrak bekas penyampai radio, Tyzo Xander, pengurusan stesen radio Suria FM telah mengumumkan tiga selebriti baharu bagi menggalas tugas sebagai penyampai radio baharu di stesen berkenaan.



Fizz Fairuz bergandingan dengan Ajak dan Kai untuk segmen Morning Morning pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula pada pukul 6 pagi hingga 10 pagi.

-Utusan-

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button