Wanita mati lemas ketika latihan menyelam

 

Oleh Pena Merah

Wanita mati lemas ketika latihan menyelam
FOTO HIASAN

Seorang wanita meninggal dunia dipercayai lemas ketika sedang menjalani latihan menyelam di perairan Pulau Payar, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata mangsa berusia 43 tahun itu beralamat dari Kajang, Selangor.



Beliau berkata, pada jam 2 petang semalam, petugas Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) memaklumkan kepada Balai Polis Langgar berhubung kematian wanita terbabit.

“Mangsa disahkan meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan dari Jeti Kuala Kedah ke HSB.

“Berdasarkan siasatan, mangsa ketika itu sedang menjalani latihan menyelam bersama sebuah syarikat berlesen tempatan di perairan Pulau Payar sebelum dia dipercayai lemas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad Shukri berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.



-Berita Harian-

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button