Kenapa Mahathir ‘meroyan’ bila anak disiasat SPRM?
Oleh – Adam Malik
Kenapa Tun Mahathir perlu ‘meroyan’ dan gundah gulana apabila anaknya disiasat oleh SPRM-Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia?
Sebelum ini, sebaik sahaja kroni Mahathir Tun Daim disiasat dan disita bangunan miliknya, pun Mahathir ada meroyan juga sehingga sanggup menulis satu artikel berkenaan hal ini didalam laman blognya.
Apakah yang menakutkan Mahathir?
Dilaporkan Mahathir akan mengadakan satu sidang media berkaitan isu siasatan terhadapnya pada hari ini (Isnin 22 hb Januari).
Pasti sekali ia berkaitan siasatan terhadap anaknya sambil Mahathir akan menghentam dan mengkritik Kerajaan dan agensi-agensi yang menyiasat anak Mahathir dan kuncu kuncunya.
Anak anak Mahathir yang memiliki berpuluh puluh buah syarikat sudah pasti mendapati kesukaran untuk menjawap berkenaan pengisytiharan harta kerana modal modal asal banyak didapati keraguaan berkenaan sumber asalnya.
Ramai juga rakyat mempercayai hampir semua syarikat sebenarnya adaalah milik Mahathir sendiri yang diletak atas nama anak sebagai ‘decoy’.
MENGAPA SUKAR UNTUK ISYTIHAR HARTA,ASET DALAM DAN LUAR NEGARA?
Selain itu ramai rakyat percaya Mahathir seperti Tun Daim juga , memiliki pegangan saham dan aset diatas nama proksi.
Atas sebab inilah amat sukar bagi Mahathir, Daim serta anak mereka untuk mengisytiharkan aset dan saham di dalam dan luar negara.
Ada implikasi jika aset serta harta mereka dipegang oleh pihak lain sebagai proksi tetapi tidak diisytiharkan. Risikonya pihak ketiga akan membawa lari aset dan harta mereka lantas menjadikan ia hak milik mereka.
Kembali kepada topik diatas jika Mahathir dan anak anaknya tidak bersalah ,jawab sahaja dimahkamah apabila kes dibuka nanti dan perjelaskan dihadapan hakim.
Satu waktu dulu ketika Najib Razak masih menjadi Perdana Menteri , Mahathir telah menyelar pihak LHDN kerana telah menyiasat syarikat syarikat milik kroni Mahathir yang dipercayai mengelak membayar cukai dan dan mengalihkan banyak keuntungan syarikat kepada Yayasan milik keluarga.
Mahathir menyelar perkara tersebut ketika beliau berada di Jakarta.
Kenapa Mahathir pula yang sibuk?
Ini meyakinkan banyak pihak bahawa wang Mahathir dipegang oleh proksi dan kroninya , hatta Mahathir sangat menjaga kroni dan proksinya.
Memberi kroni projek dan tender umpama memberi kepada diri sendiri, itu lah yang diandaikan oleh rakyat.
Maka, rumusannya, jika Mahathir tidak bersalah atau tiada penyelewengan pada perniagaan anak dan kroni, kenapa Mahathir gelabah sakan seperti orang sasau apabila anak anaknya di siasat?