Kaki Pancing Berebut ‘Port’ Berdamai Di Balai Polis
“Bapak Aku Buat Sungai Ni”
Kaki Pancing Berebut ‘Port’ Berdamai Di Balai Polis
Kecoh di media sosial semalam dua orang kaki pancing bertengkar mulut berebut ‘port’ memancing di sebatang sungai.
Dalam video viral itu, kelihatan seorang kaki pancing menegur individu lain yang didakwanya masuk ke sungai di Muar, Johor itu tanpa izinnya.
Lebih melucukan apabila kaki pancing itu mengaku bapanya adalah pemilik sungai berkenaan.
Difahamkan, mereka tampil membuat laporan polis untuk menyelesaikan salah faham di antara mereka.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, satu perjumpaan melibatkan mereka bersama Polis Daerah Segamat, Jabatan Perikatan Daerah Segamat dan ketua kampung telah dibuat sejurus laporan polis diterima.
Polis telah mengesan dan mengambil maklum penyebaran kenyataan dan perkongsian video di media sosial berkaitan perselisihan faham dua pemancing di Sungai Lubok Kepong, Segamat pada 22 Januari lalu.
Jelasnya lagi, pertemuan yang dibuat mencapai penyelesaian dan kerjasama dengan baik daripada semua pihak.
Kredit: Sinar Harian | Facebook
Kaki Pancing Berebut ‘Port’ Berdamai Di Balai Polis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sebelum Kecam Kerajaan, Elok Muhyiddin Cermin Diri Sendiri Dahulu
- Perbezaan Antara Mahathir Dan Netanyahu
-
NGO dan Mahathir sahaja hadir ke Istana, Perikatan Nasional ghaib?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Anwar Sudah Overkilled Mahathir
Discover more from My TV ONLINE
Subscribe to get the latest posts to your email.