Tiga kanak kanak lemas di kolam latihan kereta kebal

 

Oleh Pena Merah

Tiga kanak kanak lemas di kolam latihan kereta kebal
Kerja-kerja mengepam air kolam dilakukan oleh pihak bomba dan dibantu anggota tentera di kolam latihan kereta kebal dekat Kem Batu 5, Jalan Karak-Temerloh di Temerloh, Pahang. – IHSAN JBPM PAHANG

Tiga kanak-kanak ditemukan lemas selepas dipercayai mandi dalam kolam latihan kereta kebal di Kem Batu 5, Jalan Karak-Temerloh di sini semalam.

Tiga sahabat yang maut dalam kolam sedalam 2.1 meter itu melibatkan dua kanak-kanak berusia 11 tahun dan seorang kanak-kanak 13 tahun.



Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata, pihaknya menerima panggilan tentang kejadian tersebut pada pukul 5.55 petang.

“Seramai sembilan anggota Balai Bomba Mentakab dan tujuh anggota balai bomba Temerloh digerakkan ke lokasi dan dimaklumkan tiga kanak-kanak lelaki sudah dihantar ke hospital oleh ambulans tentera.

“Tiga kanak-kanak lelaki yang berusia 11 dan 13 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan,” katanya di sini hari ini.

Tambah Wan Mohammad Zaidi, pihak bomba turut melakukan operasi pencarian dan mengepam air kolam selepas dimaklumkan kemungkinan terdapat seorang lagi mangsa.



“Setelah dibuat pencarian, mangsa iaitu satu kanak-kanak lelaki yang dikatakan masih hilang sebenarnya tidak terlibat dengan tempat kejadian,” ujarnya.

-Utusan-

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button