Siti Nordiana nafi bakal dirikan rumah tangga

 

Oleh Pena Merah

Siti Nordiana nafi bakal dirikan rumah tangga
SITI Nordiana semasa sidang media mengumumkan majlis ‘perkahwinannya’ hari ini

Penyanyi Siti Nordiana menafikan dakwaan bakal mendirikan rumah tangga  susulan tular foto memaparkan dia memakai baju pengantin baru-baru ini.

Bukan berkahwin, pemilik nama penuh Siti Nordiana Alias, 39, sebaliknya berkata busana pengantin itu dipakainya sempena pengumuman konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun di Zepp Kuala Lumpur (KL) pada 11 Mei depan.



“Ya saya nak kahwin tetapi majlisnya akan berlangsung di Zepp KL pada Mei depan.

“Jadi saya nak jemput rakan media dan peminat ke sana meraikan konsert solo 25 tahun saya,” katanya pada sidang akhbar pada majlis pelancaran Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun di sini, hari ini.

Katanya, sesi fotografi memakai baju pengantin tersebut memang dilakukan sebagai bahan promosi konsertnya dan memohon maaf sekiranya mencetuskan salah faham ramai.

“Saya memohon maaf jika ada pihak yang salah faham dan menyangka saya akan bernikah selepas tersebar foto berbaju pengantin.



“Konsert ini ibarat perkahwinan bersama peminat yang sudah menanti lama konsert solo saya,” ujarnya.

Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun merupakan anjuran Icon Entertainment dan tiket mula dijual pada Jumaat ini menerusi platform www.ticket2u.com.

-KOSMO ONLINE-



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button