Daim tidak perlu taktik tarik simpati guna kesihatannya

 

Oleh – Adam Malik


Daim tidak perlu taktik tarik simpati guna kesihatannya

Apa guna ada banyak wang berbilion untuk pertahankan diri perguna peguam peguam hebat jika akhirnya bermain dengan sentiment simpati untuk menang kes?

Begitulah yang terlihat berlaku kepada pihak pembela Tun Daim.



Berulang kali media pro Tun Mahathir cuba membantu Tun Daim yang terbabit kes curi duit, AMLA dan tidak isytihar demi mendapat simpati pihak mahkamah dan orang ramai.

Boleh sahaja peguam peguam yang ramai ramai itu untuk menjawab bagi pihak Tun Daim.

Kes pula berkaitan harta dan wang awam yang dicuri lalu membeli harta dan aset , maka soal kesihatan adalah soal peribadi.

Apakah mahu memberi contoh jika tidak sihat maka tidak boleh didakwa?

Selain itu, Ketika Kerajaan “Council of Elders”, menguasai Kerajaan 22 bulan lalu mendakwa Najib Razak ke Mahkamah, soal kesihatan tidak wujud pula?

Ini semuanya pasti sekadar strategi dan taktikal yang digunakan oleh pihak pembela Daim.

Sudah beberapa kali media yang diketahui sebagai “cari makan” dengan Tun Mahathir melaporkan berkenaan kondisi kesihatan Tun Daim.



Daim tidak perlu taktik tarik simpati guna kesihatannya
Tun Daim Zainuddin



Tun Daim pula mula sakit dan dimasukan kedalam hospital semenjak mula dakwaan dikenakan terhadapnya.

Apa yang sepatut dilaporkan adalah perjalanan kes.

Rakyat ingin tahu berkaitan wang mereka yang lesap semenjak skandal Forex RM30 bilion dan dituruti dengan pelbagai ‘bailout” yang dicipta yang bertujuan mengalihkan wang rakyat kepada syarikat kroni dan proksi.

Portal kami sempat membaca banyak media Pro-Tun cuba bermain isu kesihatan Daim demi mengalihkan isu mengalihkan wang dan tidak istyhar harta.

Ini sudah pasti kerja ‘pre-empt’ meraih simpati dan sekaligus mengalih isu mencuri kepada isu simpati.

Apapun, andaian kami ini semua akan gagal kerana rakyat sudah muak dan masak dengan karenah dua Tun, sambil kes kes Najib Razak menjadi teladan dan iktibar apa pernah terjadi kepada mangsa kezaliman bernama Najib Razak.

Apa guna ada RM50 billion kalau guna kerusi roda 'subsidi'?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button