Nyaris dipijak gajah
Oleh – Syeikh Baran
Dua lelaki dikejar dan nyaris dipijak selepas memberhentikan kereta mereka di sebuah lebuh raya untuk merakam swafoto bersama seekor gajah, lapor akhbar The Sun semalam.
Dua lelaki itu mengalami detik cemas apabila gajah tersebut tiba-tiba meluru ketika mereka cuba merakam swafoto di hadapannya.
Mereka cuba melarikan diri namun, rakannya terjatuh dan nyaris dipijak gajah liar tersebut.
Pemandu kereta yang dinaiki dua lelaki itu turut memecut meninggalkan lokasi kejadian.
Kedua-dua lelaki itu bagaimanapun bernasib naik kerana gajah itu berpatah balik dan kembali ke dalam hutan. – AGENSI
Sumber – KOSMO! ONLINE
Discover more from My TV ONLINE
Subscribe to get the latest posts to your email.