6 DIBURU, 6 DITAHAN

Johor Bahru: Enam individu tempatan yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan di kawasan kediaman di Tampoi dekat sini, Selasa lalu kini diburu polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Superintendan Fariz Ammar Abdullah berkata, pada awalnya polis menerima maklumat mengenai satu kejadian pergaduhan membabitkan kira-kira 12 lelaki menggunakan parang, rotan dan kerusi plastik di kawasan itu pada 10 malam.

Menurutnya, susulan itu pihaknya menahan enam individu tempatan berusia 21 hingga 36 tahun yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan itu dan merampas sebuah kereta pada 9 malam, Rabu lalu.



“Siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan masalah pertelingkahan dua rakan perkongsian perniagaan.

“Dalam kejadian itu, seorang daripada mereka berusia 33 tahun didapati patah tangan, sebuah kenderaan jenis Mercedes dirosakkan dan pagar automatik di pos keselamatan turut dirosakkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fariz Ammar berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Menurutnya, sabit kesalahan boleh dihukum sehingga lima tahun penjara atau denda atau kedua-duanya.



HMETRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading