Majikan dihukum jika ‘ganggu’ pekerja luar waktu pejabat

Oleh – Syeikh Baran


Majikan dihukum jika ‘ganggu’ pekerja luar waktu pejabat
Undang-undang ‘hak untuk tidak berhubung’ diperkenalkan bagi melindungi pekerja daripada permintaan tidak adil daripada majikan. – Getty Images

Majikan di Australia yang menghubungi pekerja selepas waktu bekerja tamat berdepan denda di bawah undang-undang baharu  diperkenalkan oleh kerajaan, lapor saluran berita 7News semalam.

Kerajaan mengumumkan undang-undang tersebut dikenali sebagai  ‘hak untuk tidak berhubung’ bagi melindungi pekerja daripada gangguan dan permintaan tidak adil oleh  majikan.



Undang-undang baharu itu akan diperkenalkan di Parlimen minggu ini.

Menteri Perhubungan Tempat Kerja, Tony Burke berkata, sebagai sebahagian daripada undang-undang yang dikemas kini, pekerja boleh mendapat ‘perintah berhenti’ terhadap majikan mereka. Ia merujuk kepada larangan untuk menghubungi pekerja di luar waktu pejabat.

Majikan boleh didenda jika melanggar ‘perintah berhenti’ tersebut.

“Sekiranya melanggar perintah ini dilanggar, majikan akan diberi notis dan didenda,” kata Burke.



Sementara itu, Perdana Menteri Anthony Albanese berkata: “Apa yang kami cuba tekankan adalah pekerja tidak dibayar gaji untuk 24 jam sehari. Mereka tidak sepatutnya dihukum jika tidak dapat dihubungi 24 jam sehari.”

Sebelum ini, Perancis memperkenalkan hak untuk enggan dihubungi di luar waktu bekerja pada 2017, manakala Itali, Ireland dan Sepanyol juga telah meluluskan undang-undang serupa. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button