Perbicaraan tertutup SRC saman 7 defendan termasuk Najib
Oleh – Bakhtiar Omar
Perbicaraan SRC menyaman 7 defendan termasuk Dato Sri Najib di Mahkamah hari ini mencatat sejarah apabila diadakan secara tertutup. Pengurusan kes yang akan didengari hari ni hanya akan dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh penyokong tegar Najib yang telah berkumpul di perkarangan Mahkamah seawal jam 7.30 pagi ini.
Seperti biasa, para penyokong akan melalui proses memohon pas orang awam bagi mengikuti perbicaraan, namun mereka dikejutkan apabila tiada pas dikeluarkan bagi orang awam untuk perbicaraan bermula hari ini serta yang dijadualkan sehingga 28 Mac 2024.
Para penyokong Najib mempertikaikan tindakan menyekat mereka dari mengikuti perjalanan perbicaraan dan menyifatkannya sebagai tindakan yang tidak wajar dilakukan terhadap Najib.
Para pemerhati dan penyokong masih menanti apa alasan sebenar Mahkamah tidak membenarkan orang awam mengikuti perbicaraan tersebut.