Majikan beri pekerja hampir RM13,000 kerana nama anak

Oleh – Syeikh Baran


Majikan beri pekerja hampir RM13,000 kerana nama anak
SAIF diraikan oleh majikannya, Al Ziaby di Arab Saudi baru-baru ini. – Foto Tangkap Layar/Gulf News

Seorang lelaki dari India yang bekerja dengan seorang pencipta kandungan terkenal Arab Saudi, diberikan hadiah berupa wang tunai sebanyak 10,000 riyal (RM12,623) selepas kelahiran cahaya mata.

Laman berita Gulf News melaporkan, Saif menerima hadiah itu kerana menamakan bayi perempuannya sempena nama isteri majikannya, Ghazi Al Ziaby iaitu Ghaida.



Dalam sebuah video yang dimuat naik, Ghazi dilihat memuji Saif dalam satu majlis yang dihadiri rakan-rakannya. Dia turut memberitahu bahawa Saif telah bekerja untuknya sebagai pemandu selama hampir setahun.

Video itu juga menunjukkan Saif memotong kek sebelum menyertai tetamu lain menari mengikut muzik India. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button