Manchester United lega selepas Mount kembali

 

Oleh Pena Merah

Manchester United lega selepas Mount kembali
MOUNT (dua dari kanan) kembali menjalani latihan bersama skuad utama United selepas diketepikan selama empat bulan kerana masalah kecederaan. – MAN UNITED

Manchester United mendapat tonik terbaik dalam perebutan ke pentas Eropah musim depan selepas Mason Mount kembali menjalani latihan selepas empat bulan mengalami kece­deraan pada bahagian betis.

Kali terakhir Mount, 25, ber­aksi bersama United adalah ketika menentang Luton Town dalam aksi Liga Perdana Ing­geris (EPL) pada November lalu sebelum mengalami kece­deraan semasa menjalani latihan.



Pemain tengah itu di­jangka menyertai semula rakan sepa­sukannya di Pusat Latihan Carrington, sekali gus memberi petanda awal dia mungkin boleh beraksi menentang Liverpool untuk aksi suku akhir Piala FA di Stadium Old Trafford pada Ahad ini.

“Mount berada dalam keadaan yang baik dan sedang berusaha untuk mendapatkan kembali rentak permainannya. Mungkin dia akan pulih sepenuhnya selepas ini,” kata pengurus United, Erik ten Hag.

Sebagai rekod, Mount gagal menunjukkan kemampuan sebenarnya sejak berhijrah daripada Chelsea menerusi yuran perpindahan dianggarkan bernilai £55 juta (RM329.84 juta) pada Julai tahun lalu sehingga turut memilih jersi ikonik No.7 pasukan itu.

Bagaimanapun, saingan musim ini dilihat agak mencabar buat Mount yang menjadi pembelian pertama United sebelum The Red Devils membawa masuk beberapa pemain lain seperti Andre Onana dan Rasmus Hojlund.



Bekas bintang Chelsea itu hanya membuat tujuh penam­pilan kesebelasan utama dan lima lagi daripada bangku simpanan dalam semua kejohanan tanpa sebarang gol musim ini.

Kini, kepulangan Mount memberikan sinar harapan baharu kepada United yang kini berada di tangga keenam EPL menerusi 47 mata, ketinggalan lapan sahaja lagi dengan pasukan tempat keempat, Aston Villa. – AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button