Aliff Aziz mengakui khilafnya adalah masuk ke rumah Ruhainies

 

Oleh Pena Merah

Aliff Aziz mengakui khilafnya adalah masuk ke rumah Ruhainies
PELAKON Aliff Aziz mengakui khilafnya adalah masuk ke rumah Ruhainies dan menunggu ketibaan adik-beradik aktres tersebut untuk makan malam sehingga mereka dicekup berkhalwat.

Pelakon Aliff Aziz mengakui khilafnya adalah masuk ke rumah Ruhainies dan menunggu ketibaan adik-beradik aktres tersebut untuk makan malam sehingga mereka dicekup berkhalwat.

Kata suami kepada Bella Astillah itu, dia tidak terfikir pertolongan membawa barangan kegunaan penggambaran ke kediaman rakan gandingannya dalam drama Terjerat itu mencetuskan situasi tidak terjangka.



“Pada awal kejadian kami baru selesai penggambaran. Dalam perjalanan pulang kami berkonvoi dengan PA (pembantu peribadi) Ruhainies.

“Ruhainies ada maklumkan malam itu adik-beradiknya merancang makan-makan di rumah, jadi memandangkan ada adik-beradik lain tiada masalah saya turut serta dan saya juga memang kenal dan berkawan dengan kakaknya, Risteena.

“Semasa sampai di kondominium, saya bantu bawa barang ‘shooting’ miliknya ke atas sementara tunggu kakaknya yang masih dalam perjalanan, cara betul adalah kita sepatutnya tunggu di lobi,” katanya dalam kenyataan terbuka di Instagramnya sebentar tadi.

Perkongsian tersebut dimuat naik aktor asal Singapura itu serentak dengan kenyataan Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, yang sebelum ini berjanji mengeluarkan kenyataan berhubung insiden dicekup Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada Sabtu minggu lalu.



Menurut Aliff lagi, ketika mereka sedang berbual, pintu kediaman terbabit di ketuk seseorang, namun Ruhainies tidak membuka pintu berikutan faktor keselamatan sebaik mendengar suara lelaki

“Ruhainies yang pada awalnya menyangka kakaknya telah sampai terdengar suara lelaki berbual di luar pintu dan selepas hubungi Risteena dia dinasihatkan jangan buka pintu sehingga dia sampai

“Apabila adik-beradiknya tiba sudah ada penguatkuasa Jawi di depan pintu,” ujarnya.

Aliff yang mengakui terkejut berdepan situasi terbabit turut menyatakan Ruhainies meminta Risteena berbincang dengan penguatkuasa iaitu hanya akan membuka pintu sekiranya ada pegawai Jawi dan polis saja.



Pada masa sama bapa kepada dua cahaya mata itu memaklumkan kakitangan Jawi cukup profesional, malah dia dan Ruhainies hadir di pejabat agensi terbabit bagi memberikan kenyataan sebelum dibenarkan pulang.

Menjelaskan dirinya terkhilaf, sekali lagi Aliff menyatakan bukan mahu menegakkan benang yang basah, selain menegaskan tiada apa-apa terjadi antara mereka.

Dalam hantaran sama dia juga meminta maaf kerana telah mencalarkan nama sendiri serta keluarga susulan tangkapan khalwat itu.



Terdahulu, Ruhainies mengesahkan dia dan Aliff diserbu Jawi dan polis Diraja Malaysia di kediamannya di ibu negara pada 8 Mac lalu ketika kedatangan rakannya itu atas tujuan bertemu ahli keluarganya yang lain.

Ruhainies turut memohon maaf kerana berada dalam situasi yang menimbulkan syak wasangka negatif dan sepatutnya perkara see sedemikian dapat dielakkan.

Susulan tangkap khalwat pasangan terbabit, kelmarin Bella pula memfailkan permohonan perceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur. – Kosmo Online



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button