PENGAKUAN- KAMI MINTA MAAF ( Siri 1)

Kami tidak menyangka sama sekali selepas tumbangnya sebuah kerajaan Barisan Nasional, perkara perkara yang dijanjikan oleh pemimpin Pakatan Harapan langsung tidak tidak ditunaikan. Malah ianya memberikan kesan yang amat buruk  untuk negara. Kami kesal dengan apa yang berlaku, Kami minta maaf.

Kekesalan yang tidak terhingga diluahkan oleh  Azmir (bukan nama sebenar) dalam satu pengakuan bagaimana beliau ditugaskan bersama beberapa kumpulan rakan rakan sealirannya untuk menumbangkan  sebuah kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional.

Kerajaan pada ketika itu sedang dipimpin oleh Dato seri Najib Razak yang mana secara dasarnya telah menjalankan tanggungjawab sebenar dalam menerajui Malaysia. Tanggung jawab yang diwarisi daripada sifat murni ayahandanya Allahyarham Tun Abdul Razak.



Melalui pengakuannya, selama lima tahun mereka  terus menyerang pemerintahan kerajaan Barisan Nasional dengan bermatlamat akan menumbangkan Barisan Nasional pada tahun 2018.

Berbagai strategi, kaedah diguna pakai sehingga  setiap apa yang berlaku waima jika Najib mandi sekali pun , kami akan mempertikaikan air, sabun yang mereka gunakan  adalah hasil dari wang rakyat.

Kami gunakan kaedah serangan berangkai dimana  belum usai pun isu Najib kami  melakukan pembohongan dan penipuan berita kepada Rosmah pula, belum cerita Rosmah usai kami bagi lagi cerita anak tiri Najib.

Sehingga pada satu tahap, pemimpin Barisan Nasional dalam pelbagai peringkat mula berani menyuarakan pandangan mereka berkaitan kepimpinan Najib. Bila keadaan ini berlaku, kami tahu rakyat akan terus meyebarkan berita palsu dari kami.



Selama lima tahun kami sentiasa mengkaji titik buta yang akan dibuat sebagai satu kaedah serangan yang berterusan. Titik buta ini pada kebiasaannya ramai diantara kita tidak akan mempedulikan.

Sebenarnya kami boleh ketawa melihat unit-unit media  yang dikendalikan oleh Barisan Nasional, konsep lapok, strategi lapok digunakan. Mereka hanya tahu “Copy & paste” sahaja, tetapi gagal untuk mengwujudkan serangan keatas kami di pihak pembangkang.

Paling melucukan ialah bila kami melihat unit-unit media ini kena mendapat kebenaran pihak atasan untuk melakukan serangan. Lawak bukan, Lagi satu strategi yang mereka buat bukan  semata mata untuk mempertahankan Barisan Nasional tetapi lebih kepada mempertahankan jawatan mereka. Paling memalukan pemain media diperingkat pemuda, puteri dan bahagian langsung tidak membantu kerajaan dalam menjawab isu.

Jadi kumpulan kami terus sensasikan isu  melalui kaedah persepsi, manipulasi serta provokasi agar ianya kelihatan amat benar benar berlaku. Kami amat berharap persepsi tersebut akan dijawab, bila ini berlaku maka satu bentuk isu baru akan wujud dan kami akan membongkar pula individu yang memberikan kenyataan.



Maka akan bermula infografik, manipulasi dan sebagainya. Sebenarnya  sebelum kumpulan kami melakukan gerakan ini, kami sudah mengkaji sikap orang Melayu terutama golongan muda yang amat suka kepada bahan bahan yang bersifat negative atau gossip.

Ini sememangnya kelemahan bangsa Melayu. Mereka cepat membenci dan menyebarkan berita yang mereka sendiri kurang pasti atau tidak tahu langsung. Sejak azali lagi kami sedia maklum bahawa orang Melayu amat malas membaca.

Jadi kami gunakan kelemahan ini untuk membuka ruang  kebencian dan mengharapkan mereka melakukan protes,  Bila keadaan ini berlaku , kami akan terus menyebarkan berita tidak benar dikalangan mereka.

Kami wujudkan page, group yang membenci pemimpin kerajaan. Statistik ini kami akan kaji secara mendalam dan membuat kajian keatas sokongan dan penolakan. Dalam kumpulan kami, kami tidak perlukan orang yang hebat di peringkat atasan yang banyak sangat teori kosong mereka untuk mengawal kami cukup seorang sahaja.



Kami menggunakan khidmat pakar pakar IT, software untuk penyebaran secara berjadual dan beberapa puluh individu yang dipecahkan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada mereka yang sentiasa  ada bersama masyarakat bawahan.

Bahagian IT akan melakukan penyebarkan segala macam keburukkan Najib, betul atau tidak, itu belakang kira.  Segala ilmu memfitnah, ilmu menghasut, macam macam ilmu kami gunakan asal dapat calarkan nama Najib dan seluruh keluarganya.

Seperti kata Rafizi, kerja pembangkang adalah menghasut rakyat setiap hari sehingga Kerajaan BN tumbang, dan inilah yang kami lakukan. Benar atau tidak itu soal kedua, perkara yang amat penting ialah menghasut  rakyat agar menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

Bermula 2009 ketika 1Mdb mula diperkenalkan sejak bertukar nama dari TiA, kami dedahkan segala macam keburukkan yang 1Mdb lakukan. Sedangkan tidak ada keburukan pun, tetapi kami mencipta keburukan tersebut. Bukankah tugas pembangkang  adalah menghasut?



Kenapa, kita sedia maklum bahawa orang Melayu amat sensitive dan peka  perkara yang berkaitan dengan wang. Wang bagi orang Melayu seumpama “tuhan” kedua bagi mereka. Mereka sanggup buat apa sahaja.

Dengan bantuan Sarawak Report, dan WSJ, kami sebarkan dalam media sosial bagaimana Wang Rakyat dicuri sehingga berbillion-bilion melalui Jho Low. Penciptaan rangkaian  peredaran wang yang sukar difahami oleh rakyat biasa. Malah di semua peringkat kepimpinan Barisan Nasional  pun sukar untuk melakukan penerangan.

 

Bersambung..



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button