Kebahagiaannya digugat oleh penyondol kejam – Ibu mertua
Oleh Pena Merah
Isteri kepada penerbit Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail menyifatkan kebahagiaan menantunya, Puteri Sarah Liyana dirampas seorang wanita lain.
Patimah berkata, bukan bermakna dia tidak menyokong anaknya iaitu pengarah Syamsul Yusof namun penghargaan kepada Puteri Sarah adalah kerana aktres itu memberi jagaan terbaik buat cucunya, Syaikhul dan Summayah selama ini.
“Tidak sokong anak bukan bermakna tidak sayang.
“Kasih sayang kami kepada Puteri Sarah disebabkan dia menantu yang menjaga anak-anaknya dengan baik sepanjang bersama Syamsul.
“Namun, kebahagiaannya digugat oleh penyondol kejam,” kata Patimah dalam sebuah ruangan komen.
Sebelum ini, Patimah tidak pernah berhenti mendoakan dan memberi sokongan Puteri Sarah meskipun sudah bercerai dengan Syamsul.
Terdahulu, rumah tangga antara Syamsul dan Puteri Sarah berakhir apabila pasangan diaahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 14 Jun tahun lalu selepas sembilan tahun berkahwin.
Sementara, Syamsul pula sebelum ini membuat pengakuan sudah bernikah dengan Ira Kaza sekitar Januari lalu di Thailand.
Kini, nama Puteri Sarah rancak digosipkan dengan aktor Indonesia, Andi Arsyil Rahman selepas kerap dilihat bersama bagi urusan bisnes.
Sejak bernikah, masih tiada lagi pertemuan antara Ira dan keluarga mentuanya selain Syamsul juga dikatakan sudah lama tidak pulang ke rumah Yusof. – KOSMO! ONLINE