Tiba tiba Rafidah muncul bidas KP UMNO.

Oleh Adam Malik

Tiba tiba Rafidah muncul membidas KP umno

Tanpa diduga veteren wanita umno Rafidah Aziz muncul “out of no where” untuk mengkritik Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Saleh dalam usaha Akmal menangani isu pencabulan nama “Allah” oleh pihak tertentu.



Apakahkah sebabnya tiba tiba Rafidah “enter frame”?

Sekian lama Rafidah membi menghilang diri lalu muncul pula membidas KP UMNO dan bukan membidas pihak yang cemar nama Allah .

Ini menjadi musykil dan tanda tanya pula.

Banyak lagi perkara dan isu penting yang boleh Rafidah masuk campur seperti Perbicaraan tidak adil kepada Datuk Seri Najib Razak atau kejatuhan ringgit ,namun isu Kalimah Allah jadi pilihan nya.



Di era ketika Tun Mahathir mahu menjatuhkan DSNR, semua “kuda
Tua” Tun M dikerah untuk keluar bersuara mengkritik DSNR.

Selain Radidah, mereka mereka seperti KadirJassin, Syed Hamid,Rahim Thamby dan ramai lagi muncul.

Tentu ramai masih ingat lagi berkenaan Rafidah keluar kenyataan yang beliau nampak Kapal Equanimitty ketika bercuti.

Yang menjadi tanda tanya adalah kenapa KP umno pula yang menjadi sasaran Rafidah dan bukan pihak yang melakukan kesalahan menghina Kalimah Allah?



Selain kepelikan teguran Rafidah terhadap KP umno, “timing” keluar Tun Mahathir dari IJN juga sebaik sahaja isu Stokin baru bermula untuk panas.

Untuk makluman, tindakan KP umno telah pun mendapat “endorsement” MKT umno yang baru bersidang.

Maka, elok sahajalah Rafidah usah masuk campur.

Peresoalan juga muncul adakah kuda kuda tua Tun M yang lain juga akan muncul?



Harus ingat Tun Mahathir yang menanggung defisit kepercayaan dari banyak pihak sedang cuba menjuarai isu Melayu dan Islam.

Dengan tindakan KP umno berkenaan isu stokin maka ia dilihat mula mendapat sokongan orang melayu dan pasti menyukarkan agenda melayu Tun M dan agenda Muafakat Nasional PAS dan Bersatu kerana kesemua pihak ini tidak se”agresif” Umno.

PAS dan Bersatu seolah segan untuk menjuarai isu ini dengan kenyataan ala kadar tanpa ada guling guling dimana mana seperti protes concert .

Tiada juga demo depan mana mana kedai.



Mungkin kiraan undi lebih penting dari kalimah Allah.

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button