Presiden Kyrgyzstan Jeenbekov tandatangani dekri peletakan jawatan PM, anggota Kabinet

Presiden Kyrgyzstan Sooronbay Jeenbekov

BISHKEK, 9 Okt  — Presiden Kyrgyzstan Sooronbay Jeenbekov pada Jumaat menandatangani dekri mengenai peletakan jawatan perdana menteri dan barisan kabinet, lapor agensi berita Kabar.

Berdasarkan dekri itu mereka yang memegang jawatan perdana menteri, timbalan perdana menteri I, timbalan perdana menteri dan anggota kabinet yang lain akan terus menjalankan tugas masing-masing sehingga kerajaan baharu dibentuk.

Keputusan itu berkuat kuasa sebaik ia ditandatangani.

Perdana Menteri Kubatbek Boronov meletakkan jawatannya pada Selasa (6 Oktober).



Presiden Kirgiz Sooronbay Jeenbekov sebelum ini turut menyuarakan kesediaannya untuk berundur sebaik keadaan kembali seperti biasa.

Selepas pilihan raya parlimen di Kyrgyzstan diadakan pada 4 Oktober, beberapa parti politik  yang kalah mengadakan demonstrasi menuntut keputusan pilihan raya dibatalkan. Bantahan terus memuncak sehingga mencetuskan pertembungan antara penunjuk perasaan dengan anggota polis.

Penunjuk perasaan menawan bangunan Parlimen dan bangunan strategik yang lain.

Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya pada Selasa membatalkan keputusan pilihan raya berkenaan.



— BERNAMA


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading