Tiga remaja sesat dalam hutan angkara pikat ayam hutan
Tiga remaja sesat dalam hutan angkara pikat ayam hutan
MARANG: Tiga remaja yang tersesat dalam hutan Kampung Pulau Kerengga ketika melakukan aktiviti memikat ayam hutan, ditemui selamat pagi ini.
Komander operasi, Che Mohd Badrul Isham Che Mohd Noor, berkata mangsa ditemui sejauh empat kilometer dari lokasi mereka hilang.
Beliau berkata, mangsa terdiri daripada Mohamad Adam Ajmal Zainudin, 15; Mohamad Haris Kamarudin, 16 dan Muhamad Amurul Haziq Selamat, 16; ditemui dalam keadaan lemah dan luka-luka kecil di badan.
Katanya, mangsa dibawa Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) ke Klinik Kesihatan Gong Balai, di sini, untuk pemeriksaan kesihatan dan diserahkan kepada keluarga.
“Seramai 11 anggota dan dua pegawai operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Marang, terlibat dalam operasi berkenaan selain disertai anggota polis dan penduduk kampung.
“Operasi tamat pada jam 9 pagi selepas kesemua ketiga-tiga remaja terbabit berjaya ditemui,” katanya.
Tiga remaja sesat dalam hutan angkara pikat ayam hutan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 𝗧𝗣𝗠 𝗨𝗠𝗨𝗠 𝗕𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔 𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝟲𝟰𝟬𝟬 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗦𝗟𝗜
- Pihak Yang Menentang KP UMNO Dalam Isu Stoking, Sila Lihat Video Ini
- Tuduhan Takiyuddin Terhadap Kerajaan Sangat Serius
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Khairy tidak berani gelar Kluster Mahkamah PN “Biawak Hidup”