Alonso sah kekal bersama pasukan Aston Martin

 

Oleh Razak Hasan

Alonso sah kekal bersama pasukan Aston Martin
ALONSO terus komited untuk membantu Aston Martin apabila melanjutkan kontraknya bersama pasukan itu.

Juara dunia Formula Satu (F1) sebanyak dua kali, Fernando Alonso sah kekal bersama pasukan Aston Martin musim depan.

Alonso yang menyertai Aston Martin musim lalu mempunyai kontrak sehingga akhir musim ini, namun pasukan berpang­kalan di Silverstone, England tersebut bersedia mengikat kontrak­nya sekurang-kurangnya bagi tempoh dua tahun.



Ketua pasukan Aston Martin, Mike Krack berkata, juara dunia dua kali itu masih dahagakan kejayaan untuk mencipta kejutan.

“Dia benar-benar berdedikasi untuk menjadikan Aston Martin sebuah pasukan yang kompetitif.

“Mengenai kontrak perjanjian Alonso dengan Aston Martin adalah satu berita yang hebat kerana kami telah membina hubungan kerja yang kukuh sejak 18 bulan lalu.

“Malah kami berkongsi keazaman yang sama untuk melihat projek ini berjaya. Selain itu kami juga telah melakukan pertemuan beberapa bulan lalu.



“Apabila dia (Alonso) memutuskan mahu meneruskan perlumbaan, dia bercakap dengan kami terlebih dahulu. Alonso te­lah menunjukkan kepercayaannya kepada kami,” ujarnya.

Keputusan Aston Martin untuk mengikat kontrak Alonso sekali gus menutup spekulasi bahawa pemandu berusia 43 tahun itu akan menyertai Red Bull mahu­pun Mercedes musim depan. – Kosmo Online



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button