15 jam baru sampai Raub

Oleh – Syeikh Baran


15 jam baru sampai Raub
Gambar Hiasan

Raya sakan sehinggakan ada yang menyifatkan tahun ini adalah kesesakan jalan raya paling teruk yang dialami.

Mana tidaknya rata-rata anak perantau khususnya dari Pantai Timur terpaksa menempuh kesesakan berbelas-belas jam dan ada juga dalam tempoh itu masih berada dalam negeri sama.



Berikutan kesesakan teruk yang berlaku, seorang pengguna Facebook, Khairul Ezuwan turut memuat naik hantaran mengenai kawannya yang menaiki bas dari Pasir Mas, Kelantan menghala ke Kuala Lumpur, semalam.

“Kawan saya bagitahu tadi (semalam), dia naik bas pukul 9 pagi dari Pasir Mas ke Kuala Lumpur. Hampir 15 jam baru sampai Raub. Bersabarnya pemandu bas tersebut.

“Kawan saya sampai Kuala Lumpur pukul 4 pagi tadi. 19 jam perjalanan,” katanya.

Meninjau ruangan komen, Kosmo! mendapati ramai turut berkongsi pengalaman bahkan ada yang lagi teruk daripada itu.



“Uishhh kalau tak ada driver lain yg backup, naya Pak Karim. Nanti dia penat sangat susah, bukan bas tu saja tapi pengguna jalan raya juga. Semoga didoakan selamat sampai,” kata Khalida Harun.

“Saya pulak Khairul Ezuwan, pukul 9 pagi dari Teluk Intan, 7.30 malam tadi baru sampai Sungai Besar,” ujar Meor Zaidee.

“Tu tahan 15 jam dah sampai Raub. Ada yang gerak pukul 11 pagi, pukul 9 malam tak masuk Gua Musang lagi,” kongsi Amir Yusuf.

Semalam media melaporkan ramai penumpang bas terkandas di Terminal berikut bas mereka masih belum tiba.



“Ramai terkandas di Terminal bas Seksyen 17 Shah Alam sebab bas tak sampai-sampai,” ujar Mohd Noor.

Difahamkan, ia ekoran bas yang sepatutnya membawa mereka ke beberapa destinasi di Kelantan dan Terengganu dijangka tiba lewat kerana terkandas dalam kesesakan jalan raya.

Sumber -KOSMO! ONLINE.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button