Kereta terbakar selepas langgar tiang lampu
Oleh – Syeikh Baran
Sebuah kereta sedan merempuh tiang lampu di Sri Racha, wilayah Chonburi di Thailand sebelum terbakar, lapor portal berita The Pattaya News semalam.
Pemandu kereta didapati menghilangkan diri dari lokasi kejadian.
Pihak berkuasa bagaimanapun menemui kad pengenalan warga China di dalam kenderaan itu.
Kemalangan berlaku pada Khamis lalu di Persimpangan Nong Kwae–Amtha, daerah kecil Bo Win di Sri Racha.
Polis Sri Racha bergegas ke tempat kejadian bersama pasukan kecemasan tempatan.
Sejurus tiba, pihak berkuasa mendapati sebuah kereta sedan berwarna putih telah merempuh lampu jalan dan terbakar, manakala tiang lampu itu patah.
Polis mengesyaki pemandu itu terlelap sebelum melanggar lampu jalan kerana tiada kesan tayar tergelincir di jalan raya. – AGENSI
Sumber – KOSMO! ONLINE