BERSATU huru hara akibat “Enam Jahanam”

Oleh Adam Malik

Dalam kedudukan kebanyakan parti politik dalam negara pada hari ini,  Parti Bersatu boleh dianggap parti yang paling huru hara dan kalam kabut.

Ini kerans mereka sedang berhadapan perpecahan akibat Enam Ahli Parlimen yang melafaz ikrar mrnyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Apa yang Sedang dialami oleh parti Bersatu hari ini  boleh dianggap sama seperti apa yang pernah dialami oleh UMNO Satu ketika sulu.

Pada waktu itu Ahli Parlimen Umno  yang sangat takut kepada Tun Mahathir telah terpaksa akur kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan disuruh menyerang Presiden umno sendiri Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Hari demi hari ada sahaja kenyataan yang dibuat oleh mereka mereka ini semata mata mahu sanggah Presiden umno yang enggan akur kepada kehendak Tun Mahathir.

Kumpulan para kitul umno ini digelar Kluster Broker.



Kini, semua sudah berubah  , Parti Pribumi Bersatu terpaksa berhadapan dengan puak yang masih menjadi ahli parti tetapi telah “pledge” sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Kemelut ini menjadi kudis yang semakin parah dan merosakan parti sambil membusukan nama Presiden BERSATU Muhyiddin Yassin sendiri.

Enam Ahli Parlimen itu , Zahari Kechik, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, Datuk Zulkafperi Hanapi, Mohd Azizi Abu Naim, Datuk Suhaili Abdul Rahman dan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal enggan berundur atau meletak jawatan.

Ini mengakibatkan Muhyiddin Yassin terpaksa meminta bantuan RoS untuk mengubal perlembagaan parti bagi menyinggkirmereka mereka ini.



Namun, ke enam enam mereka mencabar dengan kenyataan bahawa kedudukan mereka tidak terjejas akibat tindakan gubal perlembagaan parti yang di” backdated” itu.

Dalam suasana kepimpinan Parti Bersatu secara senyap sedang menyiapkan diri untuk merebut jawatan, hal Enam jahanam pasti akan menyusahkan Muhyiddin Yassin dan akan beri impak kepada imej nya sebagai Presiden parti.

Cuma Muhyiddin Yassin sedikit bernasib baik kerana tidak diganggu oleh kedua “Tun” seperti yang dilakukan terhadap Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi.

Apapun tekanan demi tekanan sedang dihadapi oleh Muhyiddin Yassin dimana Parti PAS mula merasakan pemimpin dari kalangan mereka seharus mengambil alih kepimpinan Perikatan Nasional.



PAS mula melihat Muhyiddin sudah hilang kebergunaan nya sebaik sahaja dana Parti BERSATU dibekukan aKibat kes AMLA dan kes JANAWIBAWA.

Isu Enam jahanam ini hanya sebahagian dari kisah huru hara BERSATU, ini kerana sebaik sahaja kes rasuah dan AMLA Muhyiddin bermula, maka keadaan dijangka akan bertambah parah lagi.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button