Nikita Mirzani dedah pernah dipukul bekas kekasih
Oleh Razak Hasan
LAMA menyimpan rahsia, pelakon Nikita Mirzani yang sebelum ini membuat pendedahan berdepan keganasan domestik akhirnya menyebut identiti pelaku.
Biarpun hanya memberikan huruf pertama iaitu RI, rata-rata netizen meneka lelaki berkenaan adalah bekas kekasihnya iaitu Rizky Irmansyah.
Rizky adalah pengiring khas kepada Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto yang popular dalam media sosial.
Begitupun, model berusia 38 tahun itu tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap komen netizen.
Tidak hanya mengaku mengalami kekerasan fizikal dan mental, Nikita juga memaklumkan mempunyai bukti yang mengesahkan perbuatan pelaku.
Hubungan dengan Rizky pernah jadi topik hangat apabila hanya bertahan sebulan selepas bermula pada Mac lalu. – Kosmo Online