JDT tewaskan kelab Sepanyol,Real Murcia

 

Oleh Razak Hasan

JDT tewaskan kelab Sepanyol,Real Murcia
Barisan pemain JDT meraikan gol yang dijaringkan Arif Aiman sebentar tadi

SKUAD Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan siri jelajah pramusim di Eropah dengan langkah kanan selepas menewaskan kelab Sepanyol, Real Murcia 3-0 di Murcia,  sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium Nueva Condomina itu, skuad Harimau Selatan kendalian Hector Bidoglio membariskan pemain terbaik dengan tonggak seperti Arif Aiman Hanapi, Jordi Amat dan Heberty Fernandes dalam kesebelasan utama.



JDT mempamerkan corak serangan pantas pada awal perlawanan apabila berjaya mendahului 2-0 pada 15 minit pertama hasil jaringan Jalil Elias pada minit ke tiga dan Arif Aiman (m-14).

Bersambung pada babak kedua, juara ‘double quadruple’ itu menambah satu lagi gol menerusi ledakan pemain import baharu, Francisco Geraldes pada minit ke-72 dengan keputusan kekal sehingga tamat perlawanan.

Ini adalah aksi pemanas badan ketiga buat JDT selepas menentang kelab Singapura, Lion City Sailors dua kali pada awal bulan ini.

Difahamkan, JDT akan berkampung di Sepanyol sehingga penghujung bulan depan dengan menentang beberapa kelab tempatan nanti. – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button