Kerajaan Pahang berjaya dapat kembali tanah yang diceroboh pengusaha Musang King.

Sudah sekian lama pengusaha ladang durian Musang King menceroboh tanah milik kerajaan negeri Pahang.

Selain bertambah kaya raya mereka juga sudah mula besar kepala mahu menuntut hak pemilikan ladang itu.

Akibat ini rakyat telah marah kepada kerajaan negeri Pahang seolah olah tidak ambil berat isu pencerobohan ini.



Namun sebenarnya Kerajaan Pahang dibawah Datuk Wan Rosdy telah lama ambil inisiatif untuk merampas kembali tanah tanah yang diceroboh itu

Hasilnya , semalam mahkamah telah membuat keputusan bahawa 186  pengusaha ladang ladang itu berstatus penceroboh dan tidak boleh meneruskan tuntutan mereka dan kerajaan Pahang berhak merampas tanah tanah itu.

Mahkamah Tinggi Kuantan semalam menolak permohonan 186 pekebun durian musang king di Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi notis pengosongan tanah yang dikeluarkan kerajaan Pahang terhadap mereka sebelum ini.



Mahkamah turut menolak semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan Pahang yang didakwa memberikan pajakan dan hak penggunaan tanah kebun tersebut kepada syarikat Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.

Penceroboh ini tidak ada locus standi untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman itu sebab mereka adalah PENCEROBOH.

Kejayaan buat kerajaan negeri Pahang pimpinan YAB DS Wan Rosdy dalam komitmennya membersihkan Pahang dari para penceroboh haram tanah kerajaan.

 



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button