Empat pegawai kanan tiba di Mahkamah Kota Bharu untuk direman, sambung reman

Oleh – Syeikh Baran


Empat pegawai kanan tiba di Mahkamah Kota Bharu untuk direman, sambung reman
Gambar Hiasan

Empat pegawai kanan termasuk seorang pengurus besar sebuah agensi kerajaan yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam dan 30 April lalu tiba di Mahkamah Kota Bharu, hari ini.

Mereka yang memakai baju lokap SPRM tiba jam 9.15 pagi dengan dikawal oleh pegawai SPRM.



Mereka yang berusia antara 40 hingga 49 tahun ditahan kerana disyaki terbabit meminta dan menerima rasuah bagi pelbagai projek termasuk pembekalan di Kelantan.

Tiga daripada mereka dipercayai ditahan jam 7.30 malam tadi ketika dipanggil memberi keterangan diĀ pejabat SPRM Kelantan.

Mereka dipercayai terbabit dalam meminta dan menerima wang rasuah daripada beberapa individu atau syarikat, namun jumlah rasuah masih dalam siasatan SPRM dan akan ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 17a Akta SPRM 2009.

Seorang daripada mereka pula dibawa ke mahkamah untuk disambung reman selepas tahanan reman selama enam hari terhadapnya habis hari ini mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2019 selepas disyaki membuat tuntutan palsu sejak tahun lalu.



Media semalam melaporkan, SPRM mengesahkan tiga pegawai kanan termasuk seorang pengurus besar sebuah agensi kerajaan ditahan SPRM, 7.30 malam tadi.

Sumber – HARIAN METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button