10 pelajar terselamat bilik asrama terbakar

Oleh – Syeikh Baran


10 pelajar terselamat bilik asrama terbakar
Anggota bomba memadamkan kebakaran melibatkan bilik asrama menempatkan 10 pelajar lelaki. Foto JBPM

Seramai 10 pelajar Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT), Kuala Berang, di sini, berjaya menyelamatkan diri selepas asrama mereka dijilat api.

Kebakaran pada jam 3.30 pagi Ahad itu menyebabkan bilik yang menempatkan pelajar lelaki berkenaan musnah 70 peratus.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Zulhisham Mohamad Yusof berkata, sejurus menerima panggilan seramai 15 kekuatan dari Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang digegaskan kelokasi kejadian.

Katanya, kebakaran itu melibatkan sebuah bilik asrama, bagaimanapun, kesemua pelajar berjaya keluar menyelamatkan diri.

“Kebakaran itu telah menyebabkan sebuah bilik asrama yang berkeluasan 20×20 kaki telah musnah terbakar sehingga 70 peratus dan seramai 10 orang pelajar berjaya keluar daripada bangunan asrama dalam keadaan selamat.

“Pasukan bomba telah bertindak menjalankan operasi pemadaman kebakaran dengan menggunakan sumber air daripada pam jentera sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya. Operasi pemadaman tamat pada jam 5.46 pagi,” katanya ketika dihubungi.



Beliau berkata, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. – Awani

Sumber – SINAR HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button