HSA siasat dakwaan lelaki digigit anjing lewat terima rawatan

Oleh – Syeikh Baran


HSA siasat dakwaan lelaki digigit anjing lewat terima rawatan
Tangkap layar menunjukkan paha kanan seorang lelaki cedera digigit anjing yang dirawat di HSA, Johor Bahru. Foto media sosial

Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini akan menyiasat secara menyeluruh dakwaan kelewatan rawatan diterima seorang pesakit yang digigit anjing.

Pengarahnya, Dr Sal Atan berkata, kejadian berlaku pada jam 5.45 petang Rabu ketika pesakit lelaki berusia 33 tahun itu mendaftar di Kaunter Triage Jabatan Kecemasan dan Trauma HSA.



“Pesakit itu datang bagi mendapatkan rawatan luka akibat gigitan anjing di bahagian paha kanan namun tidak berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan diterima di Jabatan Kecemasan dan Trauma.

“Hasil siasatan mendapati pesakit berkenaan hadir dengan surat rujukan selepas menerima rawatan awal di klinik kesihatan dan berdasarkan saringan awal, pesakit telah di kategori sebagai Kes Kecemasan Bukan Kritikal (Zon Hijau).

“Kebetulan pada masa sama, terdapat 78 pesakit sedang menunggu untuk menerima rawatan di Zon Hijau menyebabkan ada kelewatan dalam memberikan rawatan kepada pesakit,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, video kejadian di HSA itu kemudian dimuat naik menerusi akaun Tiktok dan akaun page Facebook sebelum tular dalam media sosial.



Katanya, pihak hospital sentiasa komited dalam memastikan setiap pesakit yang datang diberikan rawatan dan layanan sebaiknya tanpa sebarang prejudis.

Sumber – SINAR HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button