Lelaki hilang disambar buaya ketika menangkap ikan

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki hilang disambar buaya ketika menangkap ikan
Anggota bomba turut serta dalam operasi SAR ke atas Lawrence Adi Raynold (gambar kecil) yang hilang selepas disambar buaya ketika menangkap ikan di Sungai Semeruang, Bangkong, Pantu Sri Aman.

Seorang lelaki hilang selepas disambar buaya ketika sedang menangkap ikan di tebing Sungai Semeruang, Bangkong, Pantu di sini.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman, Muhammad Adam Amran berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian oleh IPD Sri Aman kira-kira pukul 5 petang semalam.



“Semasa sedang menangkap ikan di tebing Sungai Semeruang, tiba-tiba mangsa telah disambar buaya.

“Jarak lokasi kejadian dari rumah panjang dianggarkan mengambil masa 40 minit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, mangsa dikenali sebagai Lawrence Adi Raynold berusia 32 tahun.

Justeru, katanya operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dimulakan pada pukul 9 pagi tadi melibatkan pasukan bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam dan penduduk kampung.



Menjelas lanjut, Muhammad Adam berkata, pencarian dilakukan di kawasan sungai menggunakan bot.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button