Hampir tiga minggu Nur Hairani Husna belum pulang

Oleh – Syeikh Baran


Hampir tiga minggu Nur Hairani Husna belum pulang
Nur Hairani Husna.

Kehilangan Nur Hairani Husna Chairil Yazid sejak 24 April lalu terus menjadi misteri kerana hampir tiga minggu gadis berusia 19 tahun masih gagal ditemui walaupun pelbagai usaha telah dilakukan.

Menurut Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib, sehingga kini usaha mencari Nur Hairani Husna belum membuahkan sebarang hasil termasuk oleh ibu bapa sendiri.



Katanya, polis tiada menemui sebarang petunjuk mengenai kehilangan gadis ini pada pagi subuh dari rumahnya di Kampung Telok Kerang dengan menggunakan kereta bapanya, Chairil Yazid Mohammad.

Bagaimanapun kereta Proton Saga berwarna merah (maroon) dengan nombor pendaftaran SU 8020 J ditemui keesokan harinya oleh orang awam di Dewan Orang Ramai Kampung Telok Kerang.

“Usaha mencari gadis ini yang dikategorikan sebagai Orang Hilang (OH) masih diteruskan dan tiada sebarang petunjuk dimana lokasi Nur Hairani Husna kini berada,” katanya ketika dihubungi di sini, di sini.

Media sebelum ini melaporkan, seorang gadis berusia 19 tahun keluar dari rumah keluarganya di Kampung Telok Kerang dekat sini pada pukul 5 pagi, 24 April lalu.



Mohammad Shofee berkata, lokasi pencarian tertumpu ke Bandar Dato’ Onn, Taman Adda Height dan Taman Mount Austin iaitu lokasi yang selalu dikunjungi Nur Hairani Husna ketika di Johor Bahru.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai orang hilang ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Shahibul Hamdi, Timbalan Ketua Balai Polis Permas di talian 018-2714199 atau hotline IPD Pontian di talian 07-6869999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button