Selamba masak mi segera di stesen minyak

Oleh – Syeikh Baran


Selamba masak mi segera di stesen minyak
Tangkap layar video tersebut yang tular di media sosial.

Tindakan sekumpulan individu ‘berkelah’ di sebuah stesen minyak di Genting Highlands mendapat kecaman orang ramai.

Menerusi sebuah video berdurasi satu minit dua saat yang tular di media sosial mendapati, beberapa individu bertindak melepak di stesen minyak tersebut sambil memasak mi segera.



Di dalam video itu turut kelihatan terdapat sebuah kereta peronda memasuki stesen berkenaan berikutan terdapat ramai individu berkumpul di stesen minyak tersebut.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan kumpulan terbabit yang tidak menghiraukan keselamatan dengan menggunakan dapur gas di dalam kawasan stesen minyak selain turut mengganggu pengguna lain.

“Kalau dah buat ‘gathering’ begini habis orang nak isi minyak tu macam mana? Berseronok tanpa susahkan orang tak boleh ke?,” soal Annaz.

“Memasak berdekatan dengan stesen petrol? Perangai pelik-pelik jelah puak ni. Dahlah api terbuka pulak tu, sebelah bahan mudah terbakar. Elok sangatlah tu. Harap kena saman,” kata User.



“Buat sesak. Menyusahkan orang lain nak isi minyak. Entah minta kebenaran pemilik stesen minyak ke tak. Kalau tak ada kebenaran, paling kesian cashier (juruwang). Mesti kena maki sebab tak halau dan biarkan geng ni lepak situ,” kata Akhmar.

“Langsung tak fikir keselamatan orang lain. Harap pihak berkuasa ambil tindakan tegas dekat mereka ini,” kata Mann.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button