Niat melabur lebur, duit RM619,390.80 dikebas scammer

Oleh – Syeikh Baran


Niat melabur lebur, duit RM619,390.80 dikebas scammer
Gambar Hiasan

Niat seorang wanita untuk mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda menerusi pelaburan Crypto  bertukar mimpi hitam apabila terpaksa berputih mata apabila wang simpanannya RM619,390.80 ditipu sindiket penipuan dalam talian.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, mangsa yang berusia 56 tahun itu pada awalnya menerima satu e-mel daripada seorang lelaki warga asing dari sebuah syarikat siber sekuriti Syarikat Cyprus pada Februari lalu.



Menurutnya, menerusi e-mel tersebut suspek berkenaan menawarkan bantuan kepada mangsa untuk mendapatkan semula wang pelaburan Forex yang dibuat mangsa sekitar tahun 2020, namun perlu membuat transaksi bagi mendapatkan wang tersebut.

“Selepas itu, mangsa juga ditawarkan untuk memasuki pelaburan Crypto dan dijanjikan akan mendapat keuntungan antara 35 hingga 50 peratus sebulan daripada jumlah pelaburan yang dibuat.

“Tertarik dengan tawaran itu, mangsa membuat 28 pemindahan wang berjumlah RM619,390.80 ke tujuh akaun berlainan antara 19 Februari hingga 7 Mei lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kumar berkata, mangsa cuba mendapatkan pulangan keuntungan yang dijanjikan, namun suspek gagal dihubungi sebelum membuat laporan semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara.



Jelasnya, kes telah disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button