Rani Kulup nafi masuk DAP, anggap fitnah

Oleh – Syeikh Baran


Rani Kulup nafi masuk DAP, anggap fitnah
TANGKAP layar video yang tersebar dalam media sosial.

Aktivis sosial, Abdul Rani Kulup Abdullah menafikankan dirinya menyertai parti politik DAP dan menganggap perkara itu adalah fitnah besar.

Dakwaan itu muncul apabila tersebar video dalam aplikasi WhatsApp yang memaparkan beliau beramah mesra dengan beberapa pemimpin kanan DAP.



Ketika menjelaskan perkara tersebut, Abdul Rani berkata, kandungan video berkenaan adalah sewaktu beliau mengadakan jelajah ke Kuala Kubu Baharu pada Khamis lalu untuk melihat pilihan raya kecil (PRK) yang diadakan.

Tambahnya sepanjang berada di sana, beliau berjumpa dengan semua wakil parti politik kerajaan dan bukan DAP semata-mata.

“Saya pergi semua tempat termasuk PKR, UMNO, DAP dan Amanah. Tuduhan itu tidak betul. Saya menafikan (masuk DAP). Jangan buat tomahan,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button