Polis Marin serbu kilang proses minuman keras dalam kampung

Oleh – Syeikh Baran


Polis Marin serbu kilang proses minuman keras dalam kampung
ANTARA peralatan dan kotak berisi arak tiruan yang dirampas hasil serbuan ke atas sebuah kilang di Kampung Batu 34, Jalan Johor, Pontian, awal pagi hari ini.

Taktik satu sindiket memproses dan menyimpan minuman keras yang beroperasi di sebuah kilang di Kampung Batu 34, Jalan Johor, Pontian untuk mengaburi mata pihak berkuasa terbongkar apabila diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, awal pagi hari ini.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, kegiatan licik sindiket itu dapat dihidu Unit Risikan Marin (URM) setelah membuat intipan dan risikan sejak seminggu yang lalu.



Menurutnya, dalam serbuan itu seramai empat lelaki warga asing berusia antara 27 hingga 42 tahun yang bekerja di premis terbabit diberkas.

“Hasil pemeriksaan lanjut, PPM berjaya menemui 187 kotak berwarna coklat berisi arak tiruan, lima unit pam berserta hos, lima tong plastik, empat mesin penutup botol serta masing-masing dua bungkus pelekat jenama arak dan duti kastam.

“Polis turut merampas sebuah kenderaan pelbagai guna Toyota Estima dan nilai keseluruhan rampasan bernilai RM508,265.06,”katanya dalam satu kenyatan di sini hari ini.

Kumar berkata, hasil pemeriksaan lanjut ke atas kesemua suspek mendapati mereka tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah.



Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Memperbaharui Undang-Undang (Penghapusan Samsu Gelap) 1976.

Manakala, warga asing diberkas itu pula disiasat mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button