EPL: Emi Martinez hampir buat Villa tanggung padah
EPL: Emi Martinez hampir buat Villa tanggung padah
LONDON – Kesilapan penjaga gol, Emiliano Martinez hampir membawa padah buat Aston Villa dalam menjamin tempat mereka ke saingan Liga Juara-Juara musim depan sebelum berjaya mengikat Liverpool 3-3 awal pagi tadi.
Ketika permainan baru memasuki minit kedua, Martinez gagal menangkap kemas bola hantaran lintang Harvet Elliot yang langsung tidak berbahaya sebelum tertampan ke gawangnya sendiri untuk membolehkan Liverpool bermula dengan baik.
Bagaimanapun, Martinez mampu menarik nafas lega dengan kejayaan Villa mengikat Liverpool menerusi gol penyamaan Youri Tielemans dan dua gol penyerang muda mereka, Jhon Duran yang meledak dua gol pada lewat permainan.
Pengurus Aston Villa, Unai Emery memuji kualiti Duran yang menghasilkan dua gol pantas dalam tempoh tiga minit untuk memastikan mereka sekurang-kurangnya berjaya meraih satu mata berharga.
“Jhon Duran adalah pemain istimewa dan kami perlu mencuba untuk membantunya. Dia memerlukan pemain yang bagus di belakangnya dan dia juga begitu klinikal dengan setiap peluang dihasilkan.
“Kami perlu terus menolongnya bagi kekal konsisten dan itulah yang pasukan ini sedang lakukan. Kami cukup bangga dengan persembahan pasukan musim ini.
“Ketika ini ia masih belum cukup untuk kami berada di tempat keempat. Sekarang kami sedang memikirkan tentang diri sendiri dan sekarang nasib kami berada dalam tangan kami sendiri,” katanya. – AGENSI
EPL: Emi Martinez hampir buat Villa tanggung padah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Elak Isu 3R Antara Inti Pati MoU, Bersetujukah Perikatan Nasional?
- Mungkin C4 Mahu Latheefa Koya Di Lantik Semula Sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM
- Kenyataan Faizal Azumu Membuktikan PPBM Ketandusan Pemimpin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Mahathir meroyan, orang Melayu tidak mahu undi Parti Proksinya di KKB.