Operasi beberapa premis di Sabah dilanjutkan hingga 8 malam

KOTA KINABALU, 16 Okt  — Waktu operasi kedai makan, farmasi, kedai serbaneka dan stesen minyak ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah dilanjutkan sehingga 8 malam berkuat kuasa esok.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata waktu operasi premis berkenaan lebih panjang iaitu dari 6 pagi hingga 8 malam, berbanding dari 6 pagi hingga 6 petang, sebelum ini.

“Bagaimanapun perlanjutan masa operasi ini tidak termasuk kedai runcit atau pasar mini, pasar raya besar dan pasar raya,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Pada Isnin (12 Okt) lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor berkata seluruh Sabah dikenakan PKPB bermula Selasa (13 Okt) sehingga 26 Okt ini.



Sementara itu, Masidi berkata pengagihan bantuan bakul makanan kepada golongan sasar berjalan lancar dan setakat ini sebanyak 35,672 bakul makanan telah diagihkan.

“Kepada penduduk negeri Sabah, kita kena sentiasa peka dengan nasihat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dari semasa ke semasa. Marilah kita sama-sama memutuskan rantaian COVID-19,” katanya.

— BERNAMA

KERTAS PUTIH FELDA – FAKTA vs AUTA (EPISOD 1)



KERTAS PUTIH FELDA – FAKTA vs AUTA (EPISOD 1)

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button