COVID-19: F1 Vietnam dibatalkan
HANOI, 16 Okt — Grand Prix Vietnam Formula Satu (F1) yang dijadual diadakan tahun ini di Hanoi dibatalkan berikutan pandemik COVID-19, kata penganjur pada Jumaat lapor agensi berita Xinhua.
Ini adalah keputusan yang sukar tetapi perlu diambil memandangkan ketidakpastian berterusan disebabkan pandemik COVID-19, memetik pengumuman di laman web rasmi acara itu. .
Bayaran balik penuh akan diberikan untuk semua tiket yang dibeli, kata pengumuman itu.
Awal tahun ini Grand Prix ditunda dari jadual asal, 3-5 April. Litar Hanoi sepanjang 5.6 kilometer dengan 23 pusingan sudah siap sepenuhnya pada Februari.
— BERNAMA
KERTAS PUTIH FELDA – APA FAEDAH UNTUK PENEROKA? (EPISOD 1.5)
KERTAS PUTIH FELDA – APA FAEDAH UNTUK PENEROKA? (EPISOD 1.5)