Isu tahanan rumah Najib dibincang minggu depan

Oleh – Syeikh Baran


Isu tahanan rumah Najib dibincang minggu depan
Najib

Isu tahanan rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka dibincangkan lebih lanjut dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada minggu depan.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pada sidang akhbar selepas mesyuarat Jemaah Menteri di sini hari ini.



Fahmi bagaimanapun berkata, isu itu tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pagi tadi yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sebelum ini, Anwar berpandangan Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi bekas Perdana Menteri itu selesai.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button