Proses mediasi kes saman DAP terhadap Mastura

Oleh – Syeikh Baran


Proses mediasi kes saman DAP terhadap Mastura
Trio pemimpin DAP, Guan Eng (kanan), Kit Siang dan Teresa Kok hadir ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang bagi proses mediasi, hari ini.

Kes saman fitnah tiga pemimpin DAP iaitu Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Teresa Kok terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad menemui jalan buntu selepas kedua-dua pihak gagal menyelesaikannya melalui proses mediasi di Mahkamah Tinggi, hari ini.

Saman ketiga-tiga sayap kanan parti itu adalah sebagai tindakan sivil terhadap Siti Mastura selepas pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat Pas Pusat itu mendakwa mereka mempunyai pertalian dengan pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng.



Peguam Datuk Sankara Nair, yang mewakili Guan Eng dan Kit Siang serta ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata, tiada sebarang penyelesaian dicapai oleh kedua-dua pihak melalui proses mediasi dan kes itu akan diteruskan dengan perbicaraan bermula 2 September depan.

“Perbincangan berlangsung bermula pukul 11 pagi, tetapi kedua-dua pihak tidak mencapai kata sepakat dan kita akan ke mahkamah untuk proses perbicaraan,” katanya di pekarangan Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Menurutnya, proses perbicaraan saman yang difailkan Guan Eng, Kit Siang dan Teresa Kok akan dibicarakan serentak di mahkamah nanti.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button