Datuk Red Terpaksa Tidur Dalam Kereta Selepas Bercerai

Disangka Tiada Perasaan Sedih Kerana Masih Tersenyum

Datuk Red Terpaksa Tidur Dalam Kereta Selepas Bercerai

Datuk Red Terpaksa Tidur Dalam Kereta Selepas Bercerai

“Berat hati untuk saya buat keputusan ini (bercerai), namun saya reda.”

Itulah reaksi tulus Datuk Seri Adnan Abu, yang lebih mesra dikenali sebagai Datuk Red, selepas bercerai talak satu dengan isteri pertamanya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim, baru-baru ini.



Datuk Red Terpaksa Tidur Dalam Kereta Selepas Bercerai

Mengulas lanjut mengenai perkara ini, Datuk Red menjelaskan bahawa dia telah berusaha sebaik mungkin untuk mempertahankan perkahwinannya.

Namun, beliau terpaksa akur dengan kehendak bekas isterinya yang tetap ingin meneruskan proses perceraian.

“Saya sudah puas pujuk dan minta diberi peluang untuk memperbaiki kehidupan dari segi kewangan. Malangnya, rayuan saya tidak diterima dan perjalanan perceraian tetap diteruskan. Kalau saya tak lafaz cerai, takut lagi panjang cerita,” katanya.



Proses perceraian ini menjadi lebih kompleks kerana hanya tiga minggu lalu, Datuk Red juga menceraikan isteri keduanya, penyanyi Adira Suhaimi.

Datuk Red Terpaksa Tidur Dalam Kereta Selepas Bercerai

“Baru tiga minggu lalu saya ceraikan Adira, hari ini saya ceraikan isteri pertama pula,” tambahnya dengan nada kesal.

Walaupun kelihatan tenang dan sering berjenaka, Datuk Red menepis tanggapan bahawa dia tidak mempunyai perasaan dalam menghadapi konflik rumah tangga.



Datuk Red Terpaksa Tidur Dalam Kereta Selepas Bercerai

 

“Mereka hanya nampak dari segi luaran. Hakikatnya dalam hati tiada siapa tahu. Setiap kali selepas solat, saya akan mengadu pada Allah SWT sambil menangis,” ujarnya.

Menurutnya, banyak perkara menyedihkan telah berlaku dalam hidupnya kebelakangan ini, sehingga kehidupannya menjadi tidak terurus.



“Saya baru sahaja menyewa pejabat dan sebahagiannya menjadi tempat untuk saya menginap. Disebabkan itu, saya terpaksa tidur dalam kereta sementara proses renovasi selesai,” katanya.

Datuk Red Terpaksa Tidur Dalam Kereta Selepas Bercerai

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apakah Ada Kuasa Ketiga Yang Menghalang Anwar Dari Memberikan Keadilan Kepada DS Najib?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button