Titah Agong dulu atau Agong baru bukan persoalan, tapi titah mesti diakur.

 

Oleh Adam Malik

Titah Agong dulu atau Agong baru bukan persoalan, tapi titah mesti diakur.



Anwar Ibrahim memberi “lame excuse ” apabila menyentuh perihal pembebasan Datuk Seri Najib Razak.

Jika itu alasan diberi, maka fakta Perdana Menteri Anwar Ibrahim juga dilantik oleh YDPA yang lama bukan yang baru.

Begitu juga Hakim Besar Negara.



Sahkan perlantikan pada hari YDPA baru naik tahta?

Tentu lah sah kerana perlantikan dibuat atas kapasiti kerusi YDPA.

Bukan dibuat atas kapasiti individu.



Itu sebab selalunya disebut “arahan istana” kerana pejabat istana mewakili badan institusi Raja.

Selain itu, jika titah datang dari YDPA yang lalu tetap satu soalan sebesar gajah menanti , kenapa tidak dilaksanakan?

Apa yang dapat dilihat pada jawapwn DSAI adalah jawapan “idea just come up”

Tentu DSAI sudah merujuk kepada pihak tertentu yang menjadi pendesak dibelakang Anwar didalam Pakatan Harapan.



Semua orang tahu mereka yang menguasai Anwar dalam PH ada lah musuh Najib Razak.

Kebetulan badan tertentu yang tidak mahu Najib bebas adalah juga ProPH.

Berbalik kepada isu diatas, sebelum muncul kata kata Anwar tentang YDPA lama atau baru, Anwar juga pada awalnya meletakan beban menjawab isu khianat titah Raja kepada badan pengampunan, yang kebetulan dia juga ada didalam nya.

Kini Anwar menyatakan pengampunan Najib akan dipersembahkwn kepada YDPA selepas selesai kes 1mdb.



Ia dalam ertikata lain Najib tidak akan dibebaskan kerana kes 1mdb dicipta untuk penjarakan Najib.

Terkejut juga dengan kenyataan Anwar kerana tiba tiba ada kuasa untuk menentukan pula.

Jika titah YDPA lama pun Anwar dan PH tidak akur, apa jaminan Anwar dan PH akan akur kepada titah YDPA yang baru?

Mungkin Anwar akan mohon bebaskan Najib beberapa bulan sebelum habis tempoh tahanan sekadar untuk tunjuk akur kepada YDPA.



Maka Anwar sudah beralih dari tidak tahu kepada tahu setelah berunding dengan puak dalam PH yang menguasai PH.

Jawapan selum ini berkenaan titah Addendum sekadar untuk cuci tangan sahaja.

Usah lah berdolak dalik dan akur kepada Bar council atau individu sisa sisa Sri Ram.
Rakyat sedang memerhatikan dan sudah pun ketahui isi kandungan kes 1mdb dimana kuncu kuncu Mahathir semua tidak didakwa.

Sedikit demi sedikit telah mula kembali kepada Barisan Nasional.

Di PRK Kuala Kubu Baru sudah nampak bibit itu dan dipercayai Umno akan bergerak solo jika tiada halangan.

Jika umno menang banyak pada PRU16 mungkin ada individu didakwa sembunyi dan engkar titah Agong.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button