AirAsia penerbangan rasmi MCS 2024

AirAsia penerbangan rasmi MCS 2024

AirAsia penerbangan rasmi MCS 2024
AirAsia X. FOTO arkib NSTP

Kuala Lumpur: AirAsia diumumkan sebagai Rakan Penerbangan Rasmi bagi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 (MCS 2024) untuk memastikan akses dan hubungan yang lebih baik antara para perwakilan dan peserta dari China serta negara-negara ASEAN yang lain.

Pengumuman itu dibuat pada sesi Siri Libat Urus MCS 2024 di Kuala Lumpur bagi melambangkan kepentingan sidang kemuncak sebagai acara utama memperingati ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.

Sebagai syarikat penerbangan tambang rendah asing yang terbesar di China, AirAsia akan menawarkan penerbangan eksklusif kepada peserta sidang kemuncak di mana promosi ini adalah untuk perjalanan yang dibuat dari 9 sehingga 20 Disember 2024 dengan tempahan dibuat melalui laman web MCS 2024 diĀ  www.malaysia-chinasummit.com.my.



Laluan promosi ini melibatkan penerbangan AirAsia ke bandar-bandar utama di Asia seperti Hong Kong, Hangzhou, Shenzhen, Guangzhou, Shanghai, Chengdu, Jakarta, Ho Chi Minh City, Singapura, Bangkok, Phnom Penh, Siem Reap, Sihanoukville, Vientiane dan Manila.

MCS 2024 dianjurkan oleh Qube Integrated Sdn Bhd dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), sebagai salah satu program utama untuk memperingati ulang tahun ke-50 yang disokong oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS mungkin keluar PN untuk bersama PH.




Sidang kemuncak ini dijadualkan berlangsung dari 17 sehingga 19 Disember 2024 di Malaysia international Trade and Exhibition Centre (MITEC) yang dijangka menarik 500 pempamer dan 10,000 perwakilan dari Malaysia, China dan negara-negara ASEAN di mana sidang kemuncak itu merangkumi Ekspo Perdagangan dan Pelaburan Antarabangsa selama tiga hari dan Persidangan Kepimpinan selama dua hari.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Shaharuddin Abu Sohot, berkata bermula Januari hingga Mac tahun ini, Malaysia telah mengalu-alukan 5.8 juta pelancong asing, mewakili peningkatan sebanyak 32.5 peratus daripada 4.3 juta pelancong dalam tempoh yang sama tahun lepas.

“Sebanyak 10 pasaran telah menjana pelancong teratas termasuk Singapura, Indonesia, China, Thailand, Brunei, India, Korea Selatan, Australia, United Kingdom dan Filipina di mana China kekal sebagai salah satu pasaran utama kami.

“Tahun lepas, Malaysia menyambut baik 1.4 juga pelancong China, iaitu peningkatan sebanyak 593.4 peratus daripada 212,603 lawatan di tempoh yang sama pada 2022,” katanya semasa Majlis Siri Penglibatan Rangkaian, di sini, hari ini.



Shaharuddin berkata, Malaysia merancang untuk menerima 27.3 juta pelancong asing dan menjana sejumlah RM102.7 bilion hasil pelancongan untuk 2024, dengan 7 juta daripada mereka datang dari China.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir meroyan, orang Melayu tidak mahu undi Parti Proksinya di KKB.


“Program kemasukan tanpa visa untuk pelancong Cina dan India itu di kesan sehingga 31 Disember 2024, akan meningkatkan usaha kami dengan ketara dan membantu dalam membawa bilangan perwakilan perdagangan yang dikehendaki ke sidang kemuncak yang akan datang,” katanya.



Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Strategik, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Raja Badrulnizam Raja Kamalzaman, berkata melalui perkongsian itu, pihaknya akan mengukuhkan keupayaan kolektif untuk memudahkan peluang perdagangan dan pelaburan.

“Penyertaan AirAsia sebagai syarikat penerbangan tambang rendah secara strategik dapat mengembangkan lagi sidang kemuncak dengan lebih luas.

“Kami juga menghargai pertukaran budaya yang telah memperkayakan sejarah kita di mana dengan sokongan Tourism Malaysia, kami akan menyerlahkan semangat kami terhadap warisan budaya dan tarikan pelancongan sebagai sebahagian daripada usaha pasca Covid-19 untuk memulihkan sektor tersebut,” katanya.

AirAsia penerbangan rasmi MCS 2024

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Jangan Jadikan UiTM Sebagai Modal Politik

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button